Anak Tak Nak Makan? HIASAN MAKANAN KANAK-KANAK

Anak susah nak makan? Kita suap, dia asyik lari. Biasakah berlaku kejadian seperti ini? Penat jadinya.

PENAT DENGAN TELATAH ANAK

Situasi ini  menjadi satu kerungsingan pada ibu-ibu diluar sana. Jika tidak diberikan makanan, takut perut anak masuk angin. Ibu berusaha untuk memberi nutrisi yang sihat kepada anak-anak tapi anak-anak yang sering kali menolak untuk makan makanan yang sihat. Pening laa ibu dengan kerenah anak-anak seperti ini.Hanya yang pernah merasainya akan mengetahui betapa sukarnya keadaan ini.

MAKANAN SIHAT UNTUK SI MANJA

Sudah menjadi senario anak-anak lebih suka untuk memilih untuk makan makanan yang kurang sihat dan lebih gemar pada makanan ringan dan segera. Dapat dilihat si manja lebih suka untuk makan makanan seperti gula-gula, kek, dan kentang goreng.tanpa paksaan mereka lebih gemar akan makanan yang sebegitu.  Memang agak payah untuk menguruskan anak yang susah mahu makan sehingga boleh jatuh sakit lagi-lagi makanan yang tidak berkhasiat.

Tambahan pula si manja yang berumur 3-6 tahun yang sudah pandai memprotes dan memberontak. Sesetengah ibu bapa terpaksa untuk membuat helah untuk memastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat. Pakar mengatakan bahawa lebih baik jika si kecil makan tanpa paksaan untuk meningkatkan selera makan anak-anak anda.

Kadang-kadang kanak-kanak tidak mahu makan makanan yang sama. Apa kita ambil pendekatan yang sedikit berlainan, dengan menghias makanan tersebut? Pasti anak-anak akan teruja. Cabaran ibu bapa untuk selalu memikat selera si manja.

Close Menu
×
×

Cart