Serangga Masuk Dalam Telinga. Jangan Panik Jangan Korek Guna ‘Cotton Buds’. Boleh Jadi Pekak. Ikut Cara Dr. Shaiful Untuk Keluarkan Serangga Dengan Cara Selamat & Berkesan.
Serangga Masuk Dalam Telinga. Jangan Panik Jangan Korek Guna ‘Cotton Buds’. Boleh Jadi Pekak. Ikut Cara Dr. Shaiful Untuk Keluarkan Serangga Dengan Cara Selamat & Berkesan.
“Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak mcm ada serangga. Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga” – Ini adalah situasi yang saya alami di klinik 2 hari yang lepas. Ingin tahu apa LANGKAH-LANGKAH AWAL jika seranggan memasuki telinga anda? 1. JANGAN PANIK / KALUT Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak2, tetapi untuk orang dewasa juga (jangan terkejut, saya pernah dapat pesakit dewasa yang sangat agresif ). Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan. 2. JANGAN CUBA MASUKKAN “COTTON BUDS” / BESI / KUNCI KE DALAM TELINGA Ini perkara yang sangat biasa berlaku. ELAKKAN..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga. 3. TITISKAN OLIVE OIL / MINYAK ZAITUN KE DALAM TELINGA Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar. 4. ANDAI NAMPAK IA DI LUAR, KELUARKAN Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut. 5. JIKA MASIH DI DALAM, SEGERA KE HOSPITAL Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu SEGERA ke Hospita l untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku. Kongsikan pada semua termasuk kawan-kawan, saudara-mara, Cikgu sekolah termasuk sekolah memandu. SUMBER : Dr. Shaiful

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart