Panduan Pemakanan Ibu Hamil Yang Kurang Darah
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu,apabila puan mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.

2 Cara Untuk Mengatasi Masalah Anemia (Kurang Darah) Semasa Hamil

1.Tambah darah dengan pil hematinik Hematinik terdiri daripada 4 jenis pil iaitu :
  • Pil zat besi (ferrous fumarate)
  • Pil asid folik
  • Pil vitamin C
  • Pil vitamin B kompleks (B Co)
Pil hematinik sangat penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Pil vitamin C pula membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi. Penting !
  • Pil hematinik membantu puan pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. Berat lahir bayi yang normal adalah di antara 2.5 – 4.0kg.
  • Makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah untuk penyerapan optimum.
  • Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi, teh minuman berkola, minuman bercoklat dan susu
Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening. Walau bagaimanapun kesa sampingan tersebut hanya sementara sahaja. 2. Tambah darah dengan makan makanan kaya zat besi
  • Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, kerang, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi.
  • Makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart