Kehamilan Yang Berisiko

Kehamilan Yang Berisiko

Terdapat segelintir ibu hamil mungkin tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi. Keadaan tersebut boleh dirawat melalui penjagaan kesihatan ibu hamil oleh anggota kesihatan terlatih. ADAKAH PUAN BERISIKO ? YA..sekiranya puan..
  • Mengandung kali pertama
    • Ibu tidak berpengalaman dan tidak pernah melalui proses kehamilan dan kelahiran
  • Mengandung kali ke enam atau lebih
    • Para ibu yang mengandung anak ke-6 atau lebih mudah mendapat komplikasi seperti aneamia, hipertensi, kedudukan janin yang tidak tetap dan pendarahan yang banyak semasa bersalin
  • Berumur kurang dari 18 tahun
    • Mudah menghadapi komplikasi disebabkan organ reproduktif yang kurang matang dan tidak berpengalaman secara fizikal dan emosi
  • Mengandung kali pertama pada umur 35 tahun ke atas
    • Mudah mendapat komplikasi seperti diabetis dan hipertensi
  • Jarak kelahiran kurang dari 2 tahun atau lebih 5 tahun
    • Berisiko tinggi mendapat pendarahan semasa hamil, kelahiran pra matang dan bayi kurang berat lahir
  • Mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah
    • Sejatah kandungan yang bermasalah boleh berlaku/berulang pada kehamilan semasa
  • Menghidap penyakit-penyakit seperrti aneamia, diabetis, hipertensi dan penyakit jantung
  • Mengalami pendarahan semasa hamil
  • Kandungan kembar atau lebih
  • Kedudukan janin luar biasa seperti menyingsang atau melintang
  • Pecah mentuban sebelum cukup bulan
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

This Post Has 2 Comments

  1. good

  2. Golongan darah B dianjurkan untuk mengonsumsi telur, susu rendah lemak, sayuran hijau dan daging. Di sisi lain, makanan yang mempengaruhi produktivitas metabolisme seperti gandum, jagung, kacang tanah, biji wijen dan tomat harus dihindari.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart