Yang Mana Satu Pilihan Hati Ibu Bapa Susu Kambing atau Susu Lembu ??
Yang Mana Satu Pilihan Hati Ibu Bapa Susu Kambing atau Susu Lembu ??

Ibu bapa perlu peka dengan pilihan untuk memberi susu tepung kepada bayi yang masih kecil. Melihat kepada lambakan jenama susu tepung di pasaran dan jenis susu maka ibu bapa perlu lebih bijak dalam mempuat pilihan. Dipasaran kebanyakannya susu tepung adalah terdiri daripada susu lembu. Sedikit runsing jika pilihan yang dibuat adalah salah. Perut bayi agak sensitif risau jika ia akan membuatkan bayi cirit-birit barangkali. Ada juga pendapat mengatakan susu kambing juga bagus untuk diamalkan. Yang mana satu menjadi pilihan ibu bapa sekarang ini susu kambing atau susu lembu yang lebih baik untuk diamalkan?

pilih yang mana SUSU KAMBING ATAU SUSU LEMBU?

Tidak dinafikan susu formula bayi dipasaran terdiri dari susu lembu juga mempunyai khasiat seperti meningkatan kesuburan badan, meningkatkan zat dan banyak lagi.

Namun begitu tidak dinafikan, susu kambing juga merupakan susu yang paling kental dan lembap serta mempunyai kelebihann seperti antaranya kaya dengan protein, enzim, anti-penuaan, anti-artritis, anti-barah dan banyak lagi.

8 KELEBIHAN SUSU KAMBING BERBANDING SUSU LEMBU

Antara kebaikan susu kambing adalah seperti berikut :

1. MUDAH DIHADAMKAN

Zarah lemaknya lebih kecil menjadikannya mudah dihadamkan dalam perut. Menurut kajian, hanya 20 minit sahaja diperlukan untuk hadam manakala susu lembu mengambil masa dua jam.

2. KHASIAT TIDAK MUDAH BERUBAH JIKA DISEJUK BEKU

Jika disimpan sejuk atau sejuk beku dalam peti ais, khasiatnya dan kualitinya tidak berubah. Ia menunjukan khasiat dan kualiti susu tetap terjaga.

Ini kerana susu kambing mengandungi komponen yang stabil dan tahan lasak.

Sebagai contoh, susu kambing juga tetap akan terjaga khasiatnya walaupun dijadikan aiskrim untuk anak-anak. Sungguh nikmat jika dihidangkan sewaktu cuaca panas, bukan ?? Khasiatnya masih kekal tetapi masih boleh dihidangkan dalam pelbagai jenis hidangan.

3. MENGUBATI PENYAKIT

Ramai yang kurang mengetahui bahawa susu kambing juga membantu dalam mengubati masalah bayi demam kuning, penyakit kulit dan banyak lagi.

Malahan, susu kambing turut membantu menurunkan paras kolesterol dan bekerja lebih baik bagi yang memiliki masalah usus kerana susu kambing kaya dengan asid lemak anti-mikroba.

4. SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN

Susu kambing boleh diminum oleh semua peringkat umur dari bayi dalam kandungan hinggalah orang tua. Jadi, anda tidak perlu membeli susu khas untuk anak-anak. Semua golongan boleh minum susu kambing, jadi ia lebih jimat untuk perbelanjaan keluarga.

Bagi wanita hamil turut dinasihatkan dan digalakkan minum susu kambing untuk mengelakkan anak daripada terkena demam kuning apabila dilahirkan.

5. TIDAK MENYEBABKAN ALAHAN PADA YANG MINUM

Susu kambing memiliki 35% asid lemak jika dibandingkan dengan 17% dalam susu lembu. Kandungan nutrisi dalam susu kambing lebih sihat dan lebih baik diminum segar.

Bukan itu saja, ia juga sesuai bagi seseorang yang tidak toleran dengan laktosa.

Tambahan pula, bayi yang minum susu kambing juga didapati lebih sukar mendapat alahan berbanding dengan mengamalkan susu lembu.

6. JISIM TUBUH LEBIH KUAT DENGAN mengamalkan SUSU KAMBING

Susu kambing juga mengandungi kandungan protein dan zat besi yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Ia dapat menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit, tisu dan saraf. Susu kambing menguatkan tubuh kerna kaya dengan kalsium dan dapat meningkatkan sel darah merah.

7. KANDUNGAN SUSU KAMBING LEBIH TINGGI ZAT BERBANDING SUSU LEMBU

  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Proteinnya 2.1 kali ganda
  • Zat besi 2 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Selenium yang paling tinggi
  • Garam galian 2 kali ganda

8. BERSIFAT ALKALI

Sama seperti pH susu ibu yang bersifat alkali. Berbanding dengan susu lembu, susu kambing didapati bersifat asidik.

 

bergantung pada pilihan masing-masing

Susu lembu atau susu kambing, ia turut bergantung kepada tubuh yang menerima.

Namun begitu sebelum memberikan susu tersebut kepada bayi atau anak yang masih dibawah umur 12 bulan, pastikan anda memberikan dalam jumlah yang sedikit terlebih dahulu. Perlu diberikan perhatian jika memilih untuk meminum susu kambing segar amat penting untuk memastikan susu tersebut telah melalui prosedur keselamatan dan kebersihan yang betul agar kesegaran susu tersebut terjaga.

Jika anda membeli susu kambing dalam bentuk pek, pastikan susu kambing yang diambil mengandungi asid folik dan bersifat ‘hypo-allergenic’ untuk mengelakkan sebarang bentuk alahan.

Ibu bapa perlu segera membawa bayi berjumpa dan minta nasihat daripada mereka yang pakar sekiranya bayi menunjukkan sebarang reaksi terhadap susu tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart