Anak Tak Nak Makan? HIASAN MAKANAN KANAK-KANAK

Anak Tak Nak Makan? HIASAN MAKANAN KANAK-KANAK

Anak cerewet soal makan??

Anak susah nak makan? Kita suap, dia asyik lari. Biasakah berlaku kejadian seperti ini? Penat jadinya.

PENAT DENGAN TELATAH ANAK

Situasi ini  menjadi satu kerungsingan pada ibu-ibu diluar sana. Jika tidak diberikan makanan, takut perut anak masuk angin. Ibu berusaha untuk memberi nutrisi yang sihat kepada anak-anak tapi anak-anak yang sering kali menolak untuk makan makanan yang sihat. Pening laa ibu dengan kerenah anak-anak seperti ini.Hanya yang pernah merasainya akan mengetahui betapa sukarnya keadaan ini.

selera anak-anak terbantut ?

MAKANAN SIHAT UNTUK SI MANJA

Sudah menjadi senario anak-anak lebih suka untuk memilih untuk makan makanan yang kurang sihat dan lebih gemar pada makanan ringan dan segera. Dapat dilihat si manja lebih suka untuk makan makanan seperti gula-gula, kek, dan kentang goreng.tanpa paksaan mereka lebih gemar akan makanan yang sebegitu.  Memang agak payah untuk menguruskan anak yang susah mahu makan sehingga boleh jatuh sakit lagi-lagi makanan yang tidak berkhasiat.

Tambahan pula si manja yang berumur 3-6 tahun yang sudah pandai memprotes dan memberontak. Sesetengah ibu bapa terpaksa untuk membuat helah untuk memastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat. Pakar mengatakan bahawa lebih baik jika si kecil makan tanpa paksaan untuk meningkatkan selera makan anak-anak anda.

Kadang-kadang kanak-kanak tidak mahu makan makanan yang sama. Apa kita ambil pendekatan yang sedikit berlainan, dengan menghias makanan tersebut? Pasti anak-anak akan teruja. Cabaran ibu bapa untuk selalu memikat selera si manja.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart