Resipi kuih simple untuk minum pagi atau petang

Resipi kuih simple untuk minum pagi atau petang

Boleh cuba buat kuih Kaswi untuk minum pagi 
lagi terangkat bila minum dengan secawan nutty cafe 🙂

Bahan-bahan :
• 2 1/2 tepung gandum,
• 1 cawan gula merah (1 cawan air),
• 1/2 cawan gula putih,
• 1 sudu makan air kapur,
• 1/2 sudu teh garam,
• 5 cawan air.
Bahan Salut :
• Kelapa parut,
• Secubit garam halus..Garam adalah untuk memberi rasa lemak pada kelapa parut.
Cara-cara :
1. Mula-mula masak gula merah hingga cair dan tuang kedalam tepung sambil kacau (gula kena tapis dan mesti panas).
2. Lalu masukkan air dan kacau sebati (sampai hilang ketul-ketul).
3. Kemudian masukkan sedikit garam dan air kapur dan kacau lagi sehingga sebati.
4. Setelah adunan sebati, masukkan kedalam acuan.Biasanya anak-anak lagi suka yng dihidang bentuk kecil-kecil. kukus selama 15-20 minit.
5. Siap.


Nota kaki : Adunan ini tidak pekat dan tidak cair sangat. Boleh agak-agak bila kita celup jari dia akan lekat nipis di tangan. Jadi kalau rasa macam pekat sangat boleh tambah air. Warna pun tidak pekat sangat. Selamat mencuba.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart