Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan wajah

Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan wajah

Kunyit bukan sahaja berkhasiat dalam masakan namun turut memberi manfaat dalam perubatan serta dunia kecantikan. Kini, sudah ramai menyedari tentang khasiat kunyit secara alami untuk menaikan seri wajah. Bukan sahaja wanita yang mengunakan kunyit untuk menyerikan wajah malah lelaki juga telah mencuba rawatan wajah menggunakan kunyit. Kajian juga membuktikan bahawa kunyit juga berfungsi sebagai ubat yang mampu memrawat penyakit seperti hepatisis A, alahan, diabetes dan juga alzheimer.

1.Merawat masalah jerawat muka.

Salah satu khasiat kunyit adalah untuk merawat masalah jerawat. Ini kerana, kunyit mempunyai ciri antiseptik dan antibakteria yang boleh mengatasi jerawat. Selain masalah jerawat, kunyit juga mampu membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih mulus dan berseri jika amalkan secara rutin.

Kunyit juga sangat berkesan menangani zits dengan menjadikannya sebagai masker wajah dengan menggunakan bahan seperti kunyit dan  perahan limau. Kemudian boleh menyapukan masker tadi ke seluruh wajah dengan rata. Biarkan selama 10 minit. Jika sudah kering, anda boleh bilas dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Lebih berkesan untuk meninggalkan kesan kuning di wajah boleh lap muka anda menggunakan tuala kecil yang dibasahkan dengan air suam.

2. Mengurangkan kesan kedutan

Ramai yang kurang mengetahui bahawa kunyit bukan saja mampu mencantikan kulit dari segala permasalahan. Namun ia juga mampu mengurangkan kesan kedutan di bahagian mata. Anda hanya perlukan bahan seperti tepung beras, serbuk kunyit, susu tepung dan juga tepung beras. Tidak terkecuali, anda juga harus mencampurkan jus perahan tomato ke dalam bahan tersebut. Sapukan masker tadi ke bahagian wajah sehingga rata dan biarkan selama 30 minit. Sebaik saja selesai dan kering, anda boleh bilaskan dengan menggunakan air suam.

3. Masalah kulit berminyak

Penggunaan kunyit juga bermanfaat dalam mengatasi masalah masalah kulit berminyak. Ini kerana, kunyit mampu memproduksi sebum. Masker kunyit adalah salah satu cara untuk menghilangkan masalah kulit wajah yang berminyak. Caranya adalah seperti satu sudu serbuk cendana, tiga sudu jus limau dan serbuk kunyit. Kemudian, sapukan pada bahagian wajah sehingga rata dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sehingga kering. Selepas itu, anda boleh bilaskan dengan menggunakan air suam yang sederhana panas.

Diharapkan boleh memberikan anda serba sedikit panduan dalam merawat masalah kulit wajah anda dengan cara alami dan hanya dengan menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart