5 CARA MASAK NASI LAMBAT BASI.

5 CARA MASAK NASI LAMBAT BASI.

Kurang senang bila lebihan nasi masih banyak dalam periuk tetapi sudah basi. Pernah terjadi bila terlalu penat lupa untuk menyimpan lebihan nasi didalam peti sejuk sebelum tidur.

Kami kongsikan beberapa tips untuk anda agar dapat memasak nasi yang tahan lama dan lambat basi.

  1. Cuci beras hingga betul-betul bersih

Apabila cuci beras hendaklah dibilas sebanyak 3 kali atau lebih. Ini kerana beras yang dicuci tidak bersih dan masih ada air bilasan beras akan membuatkan nasi yang dimasak akan cepat basi. Ada juga yang berkongsi tips agar air yang digunakan untuk memasak nasi adalah menggunakan air bertapis.  Petua orang-orang dahulu bila cuci beras merka akan pastikan air bilasan beras akan berwarna putih untuk menadakan beras betul-betul dicuci bersih.

2. Gunakan perahan limau nipis

Boleh juga menggunakan perahan limau nipis kedalam beras yang telah dicuci sebelum dimasak. Tidak perlu banyak hanya sekadar setengah biji sahaja.

3. Pastikan periuk yang digunakan adalah bersih

Sebelum memasak nasi pastikan dahulu periuk yang digunakan tidak mempunyai sebarang kotoran atau karat yang melekat pada periuk. Kotoran nasi yang melekat pada periuk akan menyebabkan nasi mudah basi dan bakteria yang ada akan menjejaskan rasa dan bau pada nasi yang telah masak nanti.

4. Lap wap nasi yang ada pada tudung periuk

Mak-mak mesti selalu pesan agar jika nasi yang dimasak dengan menggunakan periuk nasi elektrik haruslah digempurkan dahulu sebelum ia masak sepenuhnya. Namun perlulah dilap dahulu wap air yang ada pada tudung periuk tersebut. Ini akan membuatkan nasi masak dengan elok berderai dan lembut.

5. Tambah garam kedalam periuk.

Cara ini adalah untuk melambatkan nasi untuk basi. Malahan akan membuatkan nasi lebih tahan lama dan tidak akan menjejaskan rasa atau kualiti nasi yang akan dimasak. Ada yang mengatakan bahawa nasi juga akan lebih rasa sedap dan kenyal.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart