Kelebihan Zafran

Kelebihan Zafran

Tidak asing lagi dalam perubatan islam mahupun perubatan barat menunjukan herba zafran adalah herba yang kaya dengan pelbagai zat untuk kesihatan tubuh badan.

Zafran merupakan herba yang dikenali dengan gelaran “Raja segala herba”. Hal ini demikian kerana, Zafran adalah rempah paling mahal didunia. Tidak hairanlah 10gram zafran boleh mencecah hingga 300 ringgit. Kajian menunjukan bahawa untuk mendapatkan 10 grams stigma(filament)  za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. 

Umum perlu didedahkan kepada kebaikan zafran ini agar dapat mengamalkan zafran ini dalam minuman atau masakan seharian. Amat mudah dengan mengamalkan minuman yang dicampur dengan zafran . Hanya memerlukan beberapa helai filament zafran dan direndam kedalam gelas air kosong sebelum diminum.

Antara kebaikan zafran adalah :

  1. Amat bagus untuk merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia.
  2. Menguatkan daya ingatan dan sangat bagus jika diambil bersama-sama madu asli. Dikatakan juga zafran adalah yang paling bagus untuk kecerdasan minda.
  3. Bagus untuk melancarkan kitaran haid yang tidak menentu.
  4. Awet muda dalam menambah tenaga zahir dan Batin.
  5. Membanyu untuk menenangkan jiwa yang tertekan.
  6. Baik untuk sakit kepala bila ditampal dikepala.
  7. Bagus untuk kesihatan jantung.

Namun begitu zafran juga jika diambil secara berlebihan akan menjadi racun kepada diri kita. Sesuai dengan ajaran islam iaitu bersedarhana dalam sesuatu pekara mahupun dalam menikmati makan maka tidak perlulah berlebihan dalam pengambilan Raja herba ini.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart