TIPS mudah untuk susun buku sekolah anak-anak ikut jadual.

TIPS mudah untuk susun buku sekolah anak-anak ikut jadual.

Apabila anak-anak sudah melangkah ke alam sekolah rendah pasti ibu bapa amat gembira sekali. Si manja telah meningkat usia dan sedang belajar dunia baru untuk mengenal erti berkawan, peraturan sekolah mahupun suasana belajar. Namun,  begitu pasti mak-mak yang lebih risau tetang kehidupan anak-anak disekolah.

Tiap-tiap malam mak-mak yang akan teman anak-anak untuk memilih dan menyusun buku-buku mengikut jadual sekolah anak-anak. Sebenarnya aada cara yang mudah untuk memilih buku anak-anak dengan lebih cepat dan jimat masa.

Salah satu tips yang boleh digunakan adalah dengan melabelkan setiap buku teks dan latihan anak-anak dengan pelekat berwarna yang berbeza. Pelekat itu di lekatkan pada buku anak-anak mengikut hari yang perlu dibawa. Jadi anak-anak yang perlu hafal tentang warna hari tersebut. Sebagai contoh, untuk hari Isnin dilabelkan pada kesemua buku yang perlu dibawa pada hari isnin adalah warna kuning. cara ini diulang lagi untuk hari persekolahan yang lain.

Anak-anak hanya perlu memilih buku dengan hanya mengikut warna stiker yang dilabelkan. 1 hari 1 warna , mudah bukan ??

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart