Tips untuk tidurkan bayi

Tips untuk tidurkan bayi

Tanpa sedar anak yang sering terjaga di tengah malam akan membuat si ibu sedikit stress dan kurnang bermaya. Ini kerana si ibu tidak mendapat rehat yang secukupnya. Ia nampak remeh tapi memberi kesan yang besar pada ibu terutamanya pada ibu yang berkerjaya . Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu untuk mengatasi masalah bayi yang selalu terjaga ditengah malam.

  1. Ajar Bayi Untuk Kenal Waktu Siang Dan Malam

Pada waktu malam, pastikan lampu sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Boleh juga dengan sentiasa membuka tingkap disiang hari bagi cahaya masuk ke dalam bilik. Selain itu, pastikan suasana dimalam hari lebih tenang dari siang hari.Kebiasaan ini dapat membantu bayi anda tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat di waktu siang terutamanya di waktu lewat petang pastikan anak kecil atau bayi tidak tidur pada waktu ini.

2. Biasakan bayi dengan rutin yang sama sebelum tidur

Apa yang boleh dilakukan pada bayi adalah dengan memandikan bayi sebelum tidur dengan air suam. Ini kerana, mandian sebegini dapat merehatkan bayi serta dapat membantu bayi anda tidur dengan lebih lena dan selesa. Selepas dimandikan bendung bayi dengan selesa. Pastikan tidak terlalu ketat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepadanya.

3. Mainkan aluan muzik yang tenang atau ayatul quran untuk dodoikan bayi.

Lagu-lagu tradisi yang menenangkan dapat mengimbaukan kembali bayi anda ketika di dalam rahim anda. Degupan jantung dan darah yang mengalir di dalam badan anda membuatkan bayi anda sudah biasa dengan bunyi-bunyian. Malah bagi yang muslim pula dengan memasang alunan ayat quran atau zikirullah juga merupakan penyejuk hati serta menenangkan jiwa si manja serta si ibu.  

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart