CORNDOG buat hidangan petang untuk anak-anak

CORNDOG buat hidangan petang untuk anak-anak

Anak-anak mesti suka kalau mak diaorang boleh sediakan makanan ikut trend sekarangkan. Untuk kali ini kami kongsikan kepada anda cara untuk menyediakan corndog yang sangat sesuai untuk dihidangkan pada waktu minum petang .

1. Potong sosej separuh dan cucuk pada lidi satay. saiz boleh ikut citarasa .

2. Kemudian potong pula mozarella cheese blok lebih kurang saiz yang sama dengan sosej dan cucuk pada lidi satay. Nak cucuk selang seli sosej dan keju juga boleh.

3. Taburkan tepung gandum sedikit di atas cheese dan sosej yang telah dicucuk.

4. Sejukkan sekejap di dalam peti ais lebih kurang 10 – 20 minit.

5. Campurkan tepung gandum, telur, serbuk penaik, air dan garam untuk dijadikan adunan yang pekat sedikit supaya sosej yang dicucuk dapat dicelupkan.

6. Celupkan sosej cheese dalam bancuhan tepung dan oleskan dalam serbuk roti. Pastikan semua bahagian bersalut.

7. Goreng dalam kuantiti minyak yang banyak dan betul-betul panas.

untuk anak-anak yang tak suka pedas boleh letak sos tomato dan mayonis je untuk pencicah . mak-mak boleh ler makan dengan sos cili . ehekk. 🙂

sambil tu boleh buat susu coklat Habib untuk anak-anak, tapi susu coklat HABIB boleh diminum seisi keluarga .

selamat mencuba .

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart